Thursday, May 24, 2012

Merasmikan hewhew

Im still keen on writing, just cannot afford the time to. Tapi bila hati terusik, dengan secara naturalnya jari mengetuk-ngetuk keyboard ni. Wanita/perempuan meluahkan perasaan dengan tulisan, puisi, lukisan dan lain-lain, ia merupakan cara mereka mengekspresikan diri sendiri. Atau melalui tangisan :)

Aku sekarang hampir berada di penghujung semester 6. Tempoh 4 tahun yang diallocatekan bagi pelajar sarjana muda bioperubatan tinggal lebih kurang setahun lagi. Ya Rabbi permudahkan urusan latihan industriku, Ya Kareem permudahkan final year projectku, Ya Allah semoga dapat aku bergraduasi dengan jayanya.

Hati ni masih sendiri, namun terisi dengan cinta Illahi, keluarga, kawan-kawan. Cukuplah, buat masa sekarang. Semua tu dah cukup to keep me busy. I like to be occupied with my study, but when i paused I still think about it, about what had happened. I do admit on feeling kinda lonely sometime, tapi bila fikiran tu datang cepat-cepat aku tepis. I cant afford to lose my focus, but its hard in the end of the day to not think about it. Allah kan ada.

Semakin meningkat umur semakin kuat naluri untuk dimiliki, utk berpasangan. Kerana Allah ciptakan manusia kan berpasang-pasangan, namun biarlah semua terjadi dalam redha Dia. Doa tidak putus-putus saban hari, tapi hati ni akur bahawa Allah tengah aturkan yang terbaik pada masa yang sesuai nanti. Allah dah rancang kisah cinta halal aku, tapi waktu dan ruangnya belum tiba. Sabarlah wahai Sumaiyah.

Hihii not intended the first post to be this jiwang, but it was what my heart speak. See you in the next post, insyaAllah.